Kami hargai sumbangan anda

Perpustakaan perlu terus memberi perkhidmatan terbaik bagi menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UCMI. 
Projek infaq pembangunan perpustakaan UCMI adalah salah satu projek di bawah Tabung Amanah, Endowment dan Waqaf (TAWFEQ). 
Sokongan dari anda dapat kami manfaatkan kepada anak-anak asnaf yang menuntut ilmu di UCMI.
Antara aspek yang penting untuk kami utamakan kepada pengguna adalah pembinaan koleksi  sumber maklumat iaitu buku-buku dan jurnal ilmiah berbentuk digital. 

Bagaimana anda boleh membantu?

Anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam Wakaf Perpustakaan Darul Hikmah 12225010025885. Anda juga boleh menggunakan kaedah DuitNow dengan mengimbas kod QR yang disediakan.